Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, Mei 07, 2013

Pilihanraya Adalah sebahagian daripada syara'


Isu Pilihanraya & Ahli Parlimen Dalam Islam : Pandangan Ringkas

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman   
Pilihanraya  Ia adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan rakyat bagi membolehkan seseorang pimpinan dipilih mengetuai sesebuah negara atau kawasan-kawasan tertentu atau organisasi-organisasi tertentu. Islam melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau “Fiqh Awlawiyyat fi Dhaw Al-Quran wa AS-SUnnah” menegaskan kepentingan untuk memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada nas zohir. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas Zohir ).   Lalu dalam hal ini maksud pilihanraya yang utama adalah proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat. Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas menerima dan sememangnya Rasulullah SAW di permulaan dakwah juga melakukan kempen serta lobi bagi menerangkan kepada rakyat Mekah malah luar Mekah agar meyakini baginda dan seterusnya menganut Islam.    Mengenai kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, ia juga diterima oleh Islam memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta tiada nas qat’ie yang melarang, perlu difahami kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi ertinya : “Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma’ani (maqasid)”. (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302). Maka urusan hubungan politik seperti pilihanraya ini perlulah dilihat kepada maqasid juga, bukan sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman Nabi ini.    
Bolehlah di katakana secara ringkas, bahawa Islam tiada masalah dalam menerima kaedah baru ini apatah lagi ia boleh di ‘qias’ kan dalam perkara KESAKSIAN. Firman Allah :

وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2

Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dr kalangan kamu”   
Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap penerintah yang dipilihnya dari sudut Islam, kebaikan dan kelayakan si calon, dan Islam meletakkan pertimbangan undian atau kesaksian tidak boleh kerana lain dr Allah sbagimn firman Allah :
وأقيموا الشهادة لله ذلكم يوعظ به من كان يؤمن بالله واليوم الآخر ومن يتق الله يجعل له مخرجا (الطلاق : 2)
Mafhum : “Berikanlah penyaksian kerana Allah….” 
Maka tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi apabila berkemampuan sebagaimana tidak harus saksi-saksi enggan memberikan penyaksian  sbagimn firman allah
 :ولا تكتموا الشهادة ومن يكتمها فإنه آثم قلبه والله بما تعملون عليم (البقرة : 283)
Mafhum : “Juganlah kamu enggan memberikan penyaksian, barangsiapa yang menyembunyikannya maka berdosa hatinya …”

Amat jelas terang lagi nyata, sikap Islam dalam hal penyaksian (yang boleh meliputi undian dan pilihanraya) adalah harus malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang bertaqwa dan ingin melaksanakan Islam.
Manakala sekiranya Islam memerintah, sistem tersebut boleh diteruskan, cuma perlu diletak beberapa syarat dan panduan, insyaAllah ia akan bertepatan dengan Islam sepenuhnya.Ahli Parlimen & Konsep ‘Al-Hakimiah Lillah’ ( Suatu Komen Ringkas )Ahli Parlimen adalah seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah Islam,
Cuma bezanya ahli parlimen akan berkumpul di Dewan Rakyat bagi mewakili rakyat dalam beberapa perkara:
i.            Menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.
ii.           Mengawasi undang-undang yang digubal.Kedua-dua perkara tersebut adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah sebuah kerajaan Islam.
Sudah tentu gabenor-gabenor wilayah akan bertindak sebagai ‘ahli al halli wal aqd’ iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu menggubal undang-undang baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara qa’tie dan juga mengawasi undang-undang iaitu amar makruf nahi mungkar.
Cuma titik perbezaan ketara yang WAJIB DIFAHAMI ADALAH, Ahli Parlimen yang ada hari ini mungkin bertindak menafikan ‘al-Hakimiyah Lillah’ iaitu menafikan kuasa undang-undang utama dan asas adalah hanya dari ALLAH. Inilah titik yang menyebabkan terdapat para ulama semasa yang mengharamkan penyertaan pilihanraya. Bagaimanapun Al-Qaradhawi berijtihad menyatakan harus menyertainya bahkan wajib jika dengannya boleh mengurangkan mudarat terhadap Islam..
DENGAN SYARAT HANYA MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT, TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA BERUSAHA AGAR DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN HAK PERUNDANGAN MILIK ALLAH. [1]

--------------------------------------------------------------------------------
[1]. Min Fiqh Ad-Dawlah Fil Islam, Al-Qaradhawi, hlm 140


Tiada ulasan: